Saya!

My photo
another side of nur nabilah muhaimin :) A UK resident as well as a Malaysian

PROFOUNDLY TILL THE END

Question from Administrator :)

Salam all,
I was thinking to only allow certain people to read this blog. Like the title goes 'PRIVATE ONES', the content should go in the same flow too. I guess. Plus the main blog is the main one where people can read whatever they want. So, any thought peeps? You can drop a thought in the shoutbox or commentbox ok.

JazakallahKK in advance.

Friday 14 August 2009

Menulis dalam diam

Saya jarang sekali menulis disini. Bukan kerana kekangan waktu, bukan juga tiada modal bercerita. Mungkin disebabkan saya ada blog lain. Entahlah. Andai anda baru sahaja berkenalan dengan blog ini, untuk info tambahan, tulisan saya agak baku. Pertama, sebab saya tak berapa tahu nak ikut flow seperti gaya percakapan. Bila tulis, macam tak kena dan merosakkan bahasa je. Jadi, lebih baik tak. ye dak? Kedua, saya tak berapa prefer baca tulisan yang terlalu berbahasa rojak, pening pale nak faham. huhuh~

Menulis

Saya ada satu prinsip menulis; jaga tutur bahasa supaya mengelak dari personal attacks. Belajar dari pengalaman dan juga dari senior atau dalam erti kata yang lain, ayah saya. Mungkin jika bukan kerna satu pengalaman ni, tak terfikir saya prinsip ini. Itulah hikmah dari ujian Allah! Sungguhpun perit rasanya. Alhamdulillah.

Mungkin sekarang apa yang kita tulis, kita rasa takda pape. Satu hari nanti, siapa tahu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ala-ala payung Mary Poppins. heheh

Benda yang paling utama saya akan pastikan dalam penulisan adalah; tak langgar batas2 agama dan perasaan Ibu Ayah saya. Nak tahu nape IbuAyah saya? Sebab..saya tahu mereka baca setiap patah perkataan saya tulis. hehe :) Dari betulkan grammar mistakes, tegur ayat2 yang tak sesuai hinggalah ke pemilihan gambar etc. Tapi sebab yang paling utama sekali, simply because they're my parents.

Tak kiralah dimedan mana saya menulis; di blog, social network, mesej etc. Samada IbuAyah saya baca atau tak, itu persoalan lain. Yang penting dua2 benda itu perlu disemat dalam diri. Sungguh, menyesal atas apa yang dah ditulis tiada siapa yang nak. Saya pernah tengok satu orang ni kan yang amat2 menjaga apa yang ditulis, dijelaskan dan diekspres supaya tak disalahsangka atau timbul benda bukan2. MasyaAllah, saya teringin jadi seperti begitu.

Saya pernah terbaca ayat yang lebih kurang begini, "Walau tinggi mana ilmu atau kefahaman seseorang itu tentang agama, ia tak menjamin tinggi rasa malunya, imannya".

Teringat pada motto sekolah rendah saya, Beriman Berilmu Beramal. Moga kita semua begitu. InshaAllah.


Dalam diam

Ada sesuatu yang membawa saya menulis entri ini. Sesuatu yang saya TERbaca dan TERkesima membacanya. Ya, terkesima. Bukan satu, tapi dua. Andai diputar 360° sekalipun, agak sukar mencari kaitannya dengan saya. Memang bukan tentang saya. Penulis-penulisnya, lain cerita. Perhaps, I wasnt meant to read it.

Merujuk kepada tajuk, kekadang sesetengah benda lebih baik dirasa, ditulis dan direspon dalam diam. Ataupun sampaikan dalam keadaan private, seperti rahsia. Takut nanti membuka aib penulis tanpa disedari. Wallahu'alam.

Teringat saya pada conversation saya dengan kawan tentang seorang girl ni, dia cakap, "Kalau kita kan awak, dah lama dia kena. Macam dulu kita buat. Tapi tak tau la kalau awak camne, awak kan lembut.lol"(!) hahah. Bukannya saya lembut mana, cuma nak cari pasal tu bukan tahap saya la. huhu~ Alhamdulillah, girl tu dah baik dengan saya, siap beria-ia nak tangkap gambar sama2 :) Berdiam atau buat muka dono kadang2 adalah yang terbaik.

Saya dan Anda

Bila baca tulisan atas, banyak pulak rasanya penggunaan 'saya'. Maaf la yea. Saya menulis dari apa yang saya rasa, nak tulis dalam bentuk fakta plak, rasa macam takda idea (alasan.hehe). Situasi saya dan anda mungkin berlainan, tapi tak salahkan menilai. Saya pun bukan perfect.

Sabda Rasulullah saw;

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat.

Di dalam riwayat yang lain ada diberitahu bahawa bagi sesuatu ilmu yang penting, Rasulullah saw akan menyampaikan ia sebanyak 3 kali.

Tulislah dengan bijak! ;)

with love,

a girl with wishes.

No comments: