"Ceritanya bermula daripada hukuman gantung sampai mati ke atas Tok Janggut yang dituduh sebagai penderhaka di Pasir Putih hinggalah Pak Jamaluddin Elias di warung Kak Ros, di depan pejabat Harakah. Dari Kg. Jeram hinggalah ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Dari kuasa veto PBB hinggalah kerja kebajikan Yayasan Amal. Dari cinta seorang lelaki, dan bencinya seorang perempuan."
SINOPSIS: Mengisahkan tentang AKMAL, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian tentang AWANG LEH. Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayaai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengajiannya, AKMAL bertemu dengan SARAH dan LYDIA. Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel. Dunia sentiasa suka berperang?. Siapakah yang menanti perang berakhir?. Dan...berakhirkah perang?. Jawapannya pada kita, makhluk yang dinamakan manusia!
No comments:
Post a Comment